Friday 16 November 2012


Rak Gantungan (Penyimpanan Fail)

Maksud :
Lukisan juga ada yang tidak dilipat, tetapi dipasang penyangkut dari logam atau kertas tebal. Ia kemudian digantung di dalam kabinet tegak, rak atau tabung.


Kebaikan :
- Mewujudkan satu kaedah yang tersusun.
- Rekaan yang menarik.
- Memberikan keyakinan dan menarik minat kepada pelanggan.
- Sebarang kehilangan atau kekurangan lukisan dapat dikesan dengan pantas.


Cara pengurusan : 
Lukisan mestilah dipasang pemegang dan digantung pada rak, lukisan ini dilekatkan dengan label atau stiker pengenalan, lukisan-lukisan kegunaan harian biasanya digantung dan mudah dilihat. Rak gantungan sebaiknya diletakkan didalam bilik berhawa dingin.

Stacking Tray (Penyimpanan Fail)


Maksud : 
Untuk satu sistem pengurusan dan penyimpanan fail yang betul, dan ia akan memudahkan kerja-kerja drafting dengan baik.


Kebaikan : 
- Mewujudkan satu sistem pengurusan lukisan yang baik dan tersusun.
- Diletakkan ditempat yang sesuai dan mudah dilihat.
- Penyimpanan lukisan yang teratur.
- Menjimatkan ruang.
- Menjimatkan masa.


Cara Pengurusan : 
Mudah dialihkan mengikut penyimpanan lukisan di dalam tray yang digunakan, setiap lukisan disusun mempunyai kod yang dibuat pada buku log berkulit tebal bagi mencatatkan nama, tarikh ambil dan tarikh memulangkan semula selepas digunakan.

Stand Trolley (Penyimpanan Fail)

Maksud : 
Stand trolley ialah penyimpanan lukisan secara gantungan. Ini membawa kapasiti tinggi memaksimakan jumlah gambar yang disimpan per meter persegi luas lantai, dan mudah bermanuver di sekitar pejabat. Ini akan mengadakan maksimum 20 gantungan, dilengkapi dengan atau tanpa pegangan, dan menawarkan kapasiti sampai 2000 lembar, tergantung pada berat kertas.


Kebaikan : 
- Trolley boleh digerakkan.
- Ia mudah diambil dan disimpan.
- Lukisan ini adalah dari jenis gunaan harian.


Cara Pengurusan : 
Dipasang dan disangkut pada stand trolley. Jenis dokumen yang lebih besar adalah yang paling memerlukan penyimpanan dengan berhati-hati, adalah yang dibuat dengan tangan atau menggunakan komputer dan plotter. Selain cara simpanan berhati-hati, sistem keselematan juga diperlukan. 

Plan Drawing Tube (Penyimpanan Fail)

Maksud : 
Ialah bekas atau perkakas yang digunakan untuk menyimpan lukisan bagi memudahkan ianya dibawa. Terutama ketika memanjat bangunan yang tinggi, biasanya ia diperbuat daripada plastik keras dan tahan lasak, kebiasaannya ia berbentuk bulat dan memanjang, terdapat pelbagai saiz mengikut saiz lukisan yang sedia ada, mudah didapati di pasaran.


Kebaikan : 
- Mudah dibawa ke mana sahaja.
- Ringan.
- Boleh didapati dalam pelbagai bentuk, jenis, saiz dan warna.
- Boleh disimpan dimana sahaja.
- Mudah diuruskan dan dibersihkan.
- Memastikan plan lukisan yang disimpan tidak rosak.

- Kalis air.


Cara Pengurusan : 
Plan drawing tube ini mudah digunakan. Bagi menyimpan lukisan didalam tiub penyimpanan ini hanya menggunakan teknik gulungan sahaja. Ini adalah cara termudah bagi membawa dan dapat mengelakkan dari dilipat serta senang dibuka. Lukisan yang dilipat akan meninggalkan kesan dan mengganggu bacaan pada lukisan. Kebanyakan lukisan yang digulung adalah dari jenis tracing paper. Cara gulungan ini mudah dan lebih kemas dari lipatan. Plan drawing tube boleh dibersihkan menggunakan kain lembab yang tidak terlalu basah, ia akan menjejaskan struktur plan drawing tube tersebut.

Drawing Flat Files (Penyimpanan Fail)

Maksud : 
berbentuk segi empat, bertutup kemas dan berkunci. Ia boleh saja dari jenis berlaci lebar atau ruang terbuka yang kosong. Kebiasaannya terbuat dari keluli tahan karat, tapi masih wujud drawing flat file yang menggunakan kayu sebagai bahan asas. 


Kebaikan : 
- Mewujudkan satu sistem pengurusan fail yang baik dan tersusun.
- Mudah dirujuk dan difail dapat dikenal dengan pantas.
- Penyusunan dan penyimpanan semula fail dapat dibuat dengan mudah dan cepat.


Cara Pengurusan :
Cara pengurusannya mudah, kerana semua lukisan yang tersimpan dapat dikenalpasti tanpa membuka dan melihat ke dalam, hanya dengan melihat tagging di luar drawing flat files.

Basket Trolley (Penyimpanan Fail)

Maksud : 
Digunakan untuk menyimpan lukisan secara gulungan. Ia dibuat dari pipe / jaring keluli dengan lubang - lubang atau berpetak khas, ia dilengkapi dengan roda kecil supaya mudah digerakkan. Keburukannya adalah, sangat terdedah kepada persekitaran, menyebabkan ianya perlu perhatian.

Kebaikan : 
- Mewujudkan satu sistem pengurusan fail yang baik dan tersusun.

- Mengelakkan dari kesilapan pengambilan dan penghantaran.
- Dapat membawa jumlah lukisan yang banyak bergantung pada saiz basket trolley.

Cara Pengurusan : 
Cara pengurusannya tidak terlalu sukar, tetapi memerlukan penjagaan rapi kerana rekaannya yang terbuka menyebabkan habuk mudah melekat. Untuk mengelakkan perkara ini terjadi, digalakkan menutup basket trolley dengan plastik atau simpan di ruang tertutup dengan penjagaan sempurna.